Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS siasat penarikan balik Ford

    DETROIT, 31 Dis – Pegawai keselamatan persekutuan sedang menyiasat sama ada penarikan balik Ford Motor Co. perlu diperluaskan untuk memperbaiki lebih satu juta kenderaan tambahan.

    Ford telah menarik balik 153,000 buah kenderaan pada 2016 setelah transmisi automatik mereka tiba-tiba beralih ke gear pertama, mengakibatkan pemandu hilang kawalan. Penarikan itu melibatkan beberapa buah pikap F-150, Ford Expedition dan Lincoln Navigator SUV dan kereta sukan Ford Mustang dari model tahun 2011 dan 2012.

    Pentadbiran Keselamatan Jalan Raya Lebuh Raya Kebangsaan mengatakan ia sedang menyiasat sama ada Ford sepatutnya menyertakan sehingga 1.4 juta F-150, Navigator dan Ekspedition dari model tahun 2011 dan 2012 serta model 2013.

    Kerajaan mengatakan sering kali menerima aduan daripada pemilik, termasuklah beberapa aduan yang mengatakan pembaikan semula Ford sebagai tidak berfungsi.

    Ford mengatakan kerjasamanya dalam siasatan itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda