WASHINGTON, 1 MAC – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, mengumumkan tentang penyiasatan kelmarin mengenai risiko keselamatan negara itu yang ditimbulkan oleh teknologi China berkaitan kereta, dengan memberi amaran ia boleh digunakan untuk mengumpul data sensitif.
China bertindak balas dengan marah, menggelar siasatan itu sebagai diskriminasi dan menuduh Washington ‘menguasai’ isu perdagangan.
Biden telah mengarahkan Jabatan Perdagangan untuk menjalankan penyiasatan, dengan memfokuskan kepada kenderaan yang dilengkapi peranti yang mengandungi teknologi dari ‘negara membimbangkan’ seperti China, dan bertindak balas terhadap ancaman tersebut.
“China berazam untuk menguasai masa depan pasaran kereta, termasuk dengan menggunakan amalan tidak adil,” kata Biden dalam satu kenyataan. – AFP