AS sokong Britain sekat Huawei

LONDON, 15 JULAI – Britain pada Selasa tunduk pada tekanan AS yang memerintahkan penyingkiran syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei dari rangkaian 5G mereka meskipun Beijing memberi amaran bertindak balas.

Rumah Putih memberitahu keputusan itu ‘mencerminkan konsensus antarabangsa yang semakin meningkat bahawa Huawei dan vendor lain yang tidak dapat dipercayai menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara kerana mereka tetap menjadi perhatian Parti Komunis China’.

Tetapi langkah itu mengancam untuk merosakkan lagi hubungan Britain dengan kuasa Asia dan menanggung kos besar bagi penyedia mudah alih UK yang telah bergantung pada peralatan Huawei selama hampir 20 tahun.

Huawei mengelarnya ‘dipolitikkan’ dan kemungkinan akan meletakkan Britain ‘di lorong perlahan digital’.

Perubahan penuh politik dalam masa depan digital Britain itu dibuat oleh Perdana Menteri Britain, Boris Johnson semasa pertemuan kabinetnya dan Majlis Keselamatan Nasional.

Ia menghendaki syarikat-syarikat untuk berhenti membeli peralatan 5G baharu dari Huawei mulai tahun hadapan dan membatalkan peralatan yang ada pada akhir tahun 2027. – AFP