Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS sokong perjuangan demi kebebasan Ukraine

    KYIV, 1 MEI – Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi menyuarakan sokongan terhadap ‘perjuangan demi kebebasan’ Ukraine, ketika bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dalam lawatannya ke Kyiv.

    “Kami percaya lawatan ini adalah untuk menzahirkan ucapan terima kasih untuk perjuangan demi kebebasan awda.

    “Komitmen kami adalah untuk berada bersama awda sehinggalah perjuangan ini berakhir,” kata Pelosi kepada Zelensky, berdasarkan satu video daripada Pejabat Presiden Ukraine, hari ini.

    Menerusi Twitter, Zelensky mengucapkan terima kasih kepada AS kerana membantu melindungi kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine.

    “AS mengetuai sokongan yang kukuh kepada Ukraine dalam perjuangan menentang serangan Rusia,” katanya.

    Lawatan oleh delegasi Kongres itu tidak diumumkan sebelum ini. Pejabat Pelosi dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyampaikan mesej bahawa sokongan tambahan AS akan diberikan, ketika pihaknya berusaha menjadikan permohonan dana daripada Presiden AS Joe Biden kepada pakej perundangan.

    “Apabila kami kembali ke AS, kami akan maklumkan, terinspirasi dan sedia untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk membantu rakyat Ukraine mempertahankan demokrasi untuk negara mereka dan dunia,” kata beliau. – AFP

    Gambar keluaran Pejabat Media Presiden Ukraine kelmarin menunjukkan Volodymyr Zelensky (kanan) menyampaikan Order of Princess Olga kepada Speaker AS Nancy Pelosi di Kyiv, Ukraine pada 30 April 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda