DOHA, 1 SEPT – Perunding Amerika Syarikat dan Taliban ‘berada diambang perjanjian’ untuk menamatkan konflik 18 tahun antara mereka, kata perundingan tertinggi Washington hari ini ketika dia menamatkan rundingan terbaharu mereka.
Seteru itu telah bertemu di Doha untuk menyelesaikan perjanjian di mana Taliban akan memberi jaminan keselamatan sebagai balasan bagi pengurangan mendadak angkatan AS seramai 13,000 di Afghanistan.
“Kami berada diambang satu perjanjian yang akan mengurangkan keganasan dan membuka ruang kepada warga Afghanistan untuk duduk bersama membincangkan perdamaian mapan dan adil.
Khalilzad menambah bahawa dia akan membuat perjalanan ke Kabul hari ini ‘bagi konsultasi’ berikutan penamatan pusingan rundingan kelapan dan yang terakhir. Perunding AS tidak mengatakan jika dia telah menyelesaikan teks untuk dihantar kepada pihak berkuasa Afghanistan namun beberapa para pegawai telah membayangkan beberapa hari lalu yang mengatakan perpindahan rundingan ke Kabul boleh menandakan hasil yang positif.
“Meskipun ia hanya spekulasi, kami belum lagi ada pengumuman hendak dibuat,” kata jurucakap Jabatan Kerajaan AS, menambah bahawa Khalilzad akan bercakap kepada warga Afghanistan di Kabul, termasuk para pemimpin kerajaan. Tentera AS pertama kali dihantar ke Afghanistan selepas serangan yang dilakukan oleh Al-Qaeda pada 11 September 2001, yang telah dilindungi oleh bekas rejim Taliban. Washington kini berhasrat untuk menamatkan penglibatan tenteranya – yang terpanjang dalam sejarahnya – dan telah berunding dengan Taliban sejak 2018. – AFP