Monday, November 25, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS tamatkan kecemasan kesihatan awam COVID

    LOS ANGELES, 12 MEI – Kecemasan kesihatan awam (PHE) COVID Amerika Syarikat (AS) telah ditamatkan semalam, menandakan peralihan besar dalam usaha negara itu melawan pandemik.

    PHE yang diumumkan oleh Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS, Alex Azar pada Januari 2020 bertujuan melaksanakan langkah sementara dan memperuntukkan sumber bagi membendung wabak dengan lebih baik.

    Sementara itu, pentadbiran Biden juga menamatkan keperluan vaksin COVID untuk pekerja persekutuan, kontraktor persekutuan dan pelancong antarabangsa semalam, lapor Xinhua.

    Keputusan itu dibuat susulan kadar kematian dan kemasukan ke hospital akibat COVID telah menurun secara mendadak disebabkan vaksinasi, rawatan antivirus dan pendedahan meluas terhadap virus itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda