Tuesday, March 25, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS tarik balik status undang-undang sementara migran

    MOSCOW, 23 MAC – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan melucutkan lebih 530,000 migran daripada status sah sementara dan jika inisiatif itu diluluskan, program tinggal sementara mereka di negara itu akan tamat pada 24 April, lapor NBC yang memetik satu dokumen, menurut Sputnik/RIA Novosti.  

    Saluran berita itu melaporkan bahawa keputusan terbabit memberi kesan kepada migran yang memasuki AS melalui program khas yang diperkenalkan oleh bekas Presiden AS Joe Biden pada 2023.

    Program itu membenarkan warga asing memasuki AS dengan sokongan penaja dari AS dan bekerja di negara itu selama dua tahun.  

    Menurut NBC, pada 2024, pihak berkuasa AS telah menghentikan sementara kemasukan migran di bawah program itu berikutan kebimbangan bahawa ia disalahgunakan untuk tujuan penipuan.  

    Pentadbiran Trump berhasrat untuk membatalkan status sementara bagi lebih 530,000 orang dari Cuba, Haiti, Nicaragua dan Venezuela yang memasuki AS melalui program yang diperkenalkan di bawah Biden, menurut laporan penyiar itu.  

    NBC turut melaporkan bahawa dokumen berkaitan dijangka diterbitkan pada Selasa, program tinggal sementara bagi migran di AS akan tamat pada 24 April.

    Bagaimanapun, migran yang telah memperoleh status imigresen sah melalui program itu tidak diwajibkan meninggalkan negara.  

    Pada hari perasmiannya, Trump berjanji untuk segera menghentikan imigresen haram dan memulakan proses pengusiran berjuta-juta migran. – Bernama/Sputnik/ /Ria Novosti 

    Pendatang Venezuela yang tiba dari Mexico turun dari pesawat di lapangan terbang di Maiquetia, Venezuela pada 20 Mac selepas gagal ke AS kerana tindakan keras Presiden Trump. AS tarik balik status undang-undang sementara migran. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda