Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS tarik balik udang sejuk beku tercemar radioaktif

    WASHINGTON, 20 OGOS – Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengarahkan penarikan balik udang sejuk beku yang diimport dari Indonesia selepas dikesan berisiko tercemar bahan radioaktif.

    Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) AS dalam kenyataan di laman webnya berkata produk tersebut, yang dipasarkan melalui syarikat gergasi runcit Walmart di 13 negeri, dikesan mengandungi isotop radioaktif Cesium 137.

    Bagaimanapun, FDA menegaskan tahap pencemaran yang ditemui adalah minimum dan tidak menimbulkan ‘bahaya akut’ kepada pengguna.

    “Tiada udang yang sudah dijual di pasaran AS melalui syarikat PT Bahari Makmur Sejati didapati positif radioaktif. Namun, udang berkenaan dipercayai telah diproses, dibungkus atau disimpan dalam keadaan tidak bersih sehingga berisiko tercemar dengan Cs-137,” jelas kenyataan itu.

    FDA turut memberi amaran pendedahan berpanjangan terhadap isotop berkenaan, walaupun pada dos rendah, boleh meningkatkan risiko kanser.

    Sehubungan itu, agensi tersebut meminta Walmart melaksanakan penarikan balik segera dan menasihati orang ramai yang sudah membeli produk berkenaan supaya tidak memakannya serta membuangnya. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda