Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    AS tawar ganjaran AS$5 juta tangkap cryptoqueen Bulgaria

    SOFIA, 27 JUN – Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengumumkan ganjaran sehingga AS$5 juta untuk maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan cryptoqueen kelahiran Bulgaria, Ruja Ignatova.

    Duta AS ke Bulgaria, Kenneth Merten, berkata Ignatova dikehendaki di AS dan Jerman ‘atas penyertaannya dalam salah satu skim penipuan global terbesar dalam sejarah,”’yang menipu mangsa lebih daripada AS$4 bilion.

    Ignatova, 44, melarikan diri dengan menaiki penerbangan dari Sofia ke Athens dua minggu selepas dakwaannya pada Oktober 2017 dan lokasinya masih tidak diketahui.

    Dia yang memiliki kewarganegaraan Jerman juga dituduh menjadi dalang di sebalik skim mata wang maya penipuan besar OneCoin.

    Pada 2022, Biro Penyiasatan Persekutuan meletakkannya dalam senarai 10 orang paling dikehendaki.

    Merten berkata AS akan mengeluarkan kenyataan lanjut yang menjelaskan bagaimana orang ramai boleh “memberikan maklumat secara rahsia untuk membantu kami dalam penyiasatan yang sedang berjalan ini.”

    Ignatova melancarkan OneCoin di Sofia pada tahun 2014 dengan niat untuk mendapatkan sebahagian daripada wang yang dilaburkan di platform oleh pelanggannya, menurut dakwaan.

    Malah, setelah memasuki skim itu, hampir mustahil untuk pelanggan mendapatkan semula wang mereka, kata pihak berkuasa.

    Sebaliknya, OneCoin menawarkan kredit tambahan kepada mereka yang merekrut orang lain, yang membolehkan syarikat itu berkembang pesat, menipu pelabur dari banyak negara dari China ke AS, Eropah dan Timur Tengah. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...