Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS tawar jadi tuan rumah Piala Dunia Wanita 2031 bersama tiga negara

    WASHINGTON, 21 OKT – Amerika Syarikat (AS) melancarkan bidaan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita 2031 bersama Mexico, Costa Rica dan Jamaica, menurut Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat kelmarin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    “Bersama-sama, kita mempunyai peluang luar biasa untuk menganjurkan Piala Dunia Wanita terbesar dan paling berimpak dalam sejarah, kejohanan yang akan memberi inspirasi kepada generasi baharu dan memajukan bola sepak wanita di seluruh rantau serta dunia,” kata Presiden AS Soccer, Cindy Parlow Cone.

    Pada April lalu, Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika berucap di Kongres UEFA di Belgrade berkata, AS sebagai satu-satunya pembida rasmi bagi kejohanan wanita 2031, berkemungkinan besar menjadi tuan rumah.

    Beliau turut menyatakan, United Kingdom dijangka menganjurkan edisi berikutnya memandangkan England, Scotland, Wales dan Ireland Utara telah mengemukakan satu-satunya “tawaran yang sah.”

    FIFA dijangka mengumumkan tuan rumah bagi kejohanan 2031 itu semasa Kongres FIFA 2026 di Vancouver.

    Piala Dunia Wanita 2027 akan berlangsung di Brazil. – Bernama

    Cindy Parlow Cone, bercakap pada sidang media di New York pada 20 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda