SEOUL, 11 Okt – AS telah menerbangkan dua buah pengebom supersonik di ruang udara semenanjung Korea dalam menunjukkan kekuatan terhadap Pyongyang, dengan mengadakan latihan penerbangan dengan Jepun dan Korea Selatan pada malam pertama.
Dua buah B-1B Lancers yang berpangkalan di Guam telah menerbangkan misi di sekitar Laut Jepun lewat semalam, menurut Angkatan Udara Pasifik AS dalam satu kenyataan.
“Terbang dan latihan pada waktu malam dengan sekutu-sekutu kami dengan cara selamat dan berkesan adalah kemampuan paling penting yang dikongsikan antara AS, Jepun dan Republik Korea dan mengasah kehandalan taktik juruterbang setiap negara,” Mejar Patrick Applegate berkata dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa pertahanan Korea Selatan hari ini berkata pengebom-pengebom itu telah melancarkan latihan peluru berpandu dari udara ke darat yang dibuat-buat dengan dua buah jet pejuang Korea Selatan di ruang udara Laut Jepun.
Empat buah pesawat udara kemudian terbang menyeberangi semenanjung dan melancarkan satu lagi pusingan latihan penembakan di ruang udara Laut Kuning sebelum dua buah B-1B pulang, menurut Ketua Turus Korea Selatan (JCS).
“Latihan ini adalah sebahagian latihan rutin penempatan yang bertujuan meningkatkan pencegahan’ ke atas ancaman nuklear Korea Utara, menurut JCS dalam kenyataannya. “Menerusi latihan kali ini, angkatan tentera udara Korea Selatan dan AS memperlihatkan keazaman sekutu-sekutu bagi tindakan balas mantap ke atas ancaman peluru berpandu dan nuklear Korea Utara,” tambahnya lagi.
B-1B juga menjalankan latihan dengan Angkatan Tentera Udara Jepun yang disifatkan oleh kenyataan AS ‘misi dua pihak berturut-turut.” – AFP