Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    AS terkesima tewas di tangan Kanada

    HAMILTON, KANADA, 31 JAN – Kanada hari ini telah membuat satu langkah penting dalam menuju ke kelayakan Piala Dunia pertama mereka dalam tempoh 36 tahun selepas menjaringkan gol kemenangan 2-0 ke atas saingan utama mereka iaitu Amerika Syarikat (AS) di peringkat kelayakan CONCACAF.

    Jaringan gol daripada Cyle Larin selepas hanya tujuh minit perlawanan dan usaha pada masa kecederaan daripada Sam Adekugbe untuk meraih tiga mata penuh untuk pasukan Kanada di Tim Hortons Field di Hamilton untuk melebarkan jurang pendahulu dengan pasukan tuan rumah di tempat teratas CONCACAF.

    Kanada yang tidak tewas kini mempunyai 22 mata daripada empat perlawanan dengan baki empat perlawanan, menarik empat mata di hadapan AS yang berada di tangga kedua dengan 18 mata.

    Kanada telah muncul sebagai pakej kejutan dari rantau kelayakan Amerika Tengah, Amerika Utara dan Caribbean, dan kini berada di landasan kukuh untuk perjalanan kedua mereka ke Piala Dunia selepas mara ke pusingan akhir Mexico pada 1986.

    “Kami berubah menjadi sebuah negara bola sepak,” kata jurulatih Kanada, John Herdman.

    “Pasukan AS adalah satu pasukan terbaik, sangat-sangat baik, mereka memiliki kualiti yang terbaik hari ini. Tetapi kami menyamai dengan semangat mereka.

    “Dan itulah yang saya katakan kepada pemain kami, kami mempunyai kualiti kami sendiri, dan ia berjaya.”

    Penjaring gol, Larin mengakui kelayakan Piala Dunia berada dalam genggaman.

    “Kami semakin dekat,” katanya. “Tetapi kami tidak pernah berhenti untuk apa pun. Kami akan terus maju.” – AFP

    Aksi Miles Robinson dari AS menanduk bola semasa perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Kanada di Tim Hortons Field, 30 Januari di Hamilton. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...