Friday, July 5, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    AS tersingkir daripada Copa America

    BANDAR KANSAS, 2 JULAI – Amerika Syarikat (AS) tersingkir daripada Copa America kelmarin selepas mencatatkan kekalahan 1-0 kepada Uruguay, manakala dalam pertemuan berasingan, Panama mengesahkan tempat mereka ke suku akhir dengan kemenangan 3-1 ke atas Bolivia.

    Tuan rumah kejohanan mengalami kekalahan teruk 2-1 di tangan Panama minggu lalu dan pergi ke perlawanan terakhir Kumpulan C kelmarin di Stadium Arrowhead di Bandar Kansas yang memerlukan keputusan yang lebih baik daripada Panama untuk mara.

    Tetapi skuad bimbingan jurulatih AS, Gregg Berhalter, dilihat tidak melakukan usaha yang cukup untuk mengancam gawang Uruguay dan mara ke pusingan lapan terakhir sebagai pemenang kumpulan.

    “Hanya melihat wajah kakitangan dan pemain, kami amat kecewa dengan keputusan itu,” kata Berhalter.

    “Kami tahu bahawa kami mampu melakukan lebih banyak lagi dan dalam kejohanan ini kami tidak menunjukkannya. Kami sepatutnya melakukan yang lebih baik.

    “Kami akan membuat semakan dan mengetahui apa yang berlaku, mengapa ia boleh berlaku, akan tetapi yang pastinya sekarang ialah perasaan kosong,” jelasnya lagi.

    Walau bagaimanapun, kapten AS, Christian Pulisic, telah menyalahkan kekurangan kualiti serangan.

    “Kami mempunyai permulaan yang baik dan memberikan banyak tenaga, tetapi tidak mempunyai kualiti yang mencukupi,” katanya. “Kami tidak dapat mencari penyelesaian.” – AFP

    Reaksi Olivera bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pertama pasukan semasa perlawanan di GEHA Field di Stadium Arrowhead pada 1 Julai di Bandar Kansas, Missouri. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...