MANILA,Filipina, 31 Jan – Duta AS mengatakan Amerika Syarikat tidak akan membina sebarang depot senjata di mana-mana sahaja di Filipina, membalas ancaman Presiden Rodrigo Duterte untuk membatalkan perjanjian pertahanan 2014 yang membolehkan angkatan tentera AS ditempatkan sementara di kem-kem Filipina yang terpilih jika depot-depot dibina di dalamnya.
Duta Sung Kim mengatakan hari ini bahawa ‘mungkin terdapat maklumat salah’ diberikan kepada Duterte yang membuatkan beliau melahirkan kebimbangan itu.
Duterte semalam mengenal pasti tiga kawasan di mana angkatan ten-tera AS sepatutnya membawa masuk persenjataan, termasuk barat wilayah Palawan, Filipina yang berhadapan pertikaian di Laut China Selatan.
Menurutnya, beliau tidak akan membenarkan Amerika untuk menyimpan senjata dalam kem-kem tempatan di bawah perjanjian pertahanan kedua-dua negara kerana Filipina mungkin terlibat jika pertempuran tercetus antara China dan AS. – AP