Wednesday, May 15, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    AS tingkat ketenteraan di Eropah

    MADRID, 29 JUN – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata kelmarin bahawa kehadiran tentera Amerika di Eropah akan memberikan impak yang lebih besar, ketika Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bertindak balas terhadap ancaman dari Moscow berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Biden berkata AS sedang menubuhkan ibu pejabat tetap di Poland, menghantar dua skuadron jet pejuang F-35 tambahan ke United Kingdom (UK) dan akan menghantar lebih banyak ‘pertahanan udara dan keupayaan lain’ ke Jerman serta Itali. AS dalam pada sama juga meningkatkan aset ketenteraannya di Romania dan wilayah Baltik.

    Biden semasa bertemu dengan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg di Madrid bagi sidang kemuncak tahunan perikatan itu kelmarin berkata, “NATO adalah kuat dan bersatu. Langkah yang kami ambil semasa sidang kemuncak ini, akan meningkatkan lagi kekuatan kolektif kami.

    “Hari ini saya mengumumkan AS akan meningkatkan lagi kedudukan pasukan kami di Eropah dan bertindak balas terhadap persekitaran keselamatan yang berubah serta mengukuhkan keselamatan kolektif kami,” kata Biden, dalam pengumuman tersebut. Sehari sebelumnya, Biden mengumumkan bahawa AS akan menempatkan dua buah kapal pemusnah tambahan di pangkalan tentera lautnya di Rota, Sepanyol.

    AS menjadi penyumbang utama bagi sebahagian besar kuasa tentera NATO. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...