Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS tuntut laluan percuma di Terusan Panama

    WASHINGTON, 6 FEB – Amerika Syarikat (AS) berkata kelmarin bahawa kapal kerajaannya akan belayar secara percuma melalui Terusan Panama berikutan tekanan daripada Presiden Donald Trump, tetapi pihak berkuasa di laluan air itu dengan pantas menafikannya.

    “Kapal kerajaan AS kini boleh transit di Terusan Panama tanpa caj, menjimatkan jutaan dolar kerajaan AS setahun,” kata Jabatan Negara dalam catatan di platform media sosial X.

    Ia adalah pengumuman umum pertama janji yang dibayangkan oleh Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, yang mengatakan bahawa Panama menawarkan konsesi semasa taklimatnya, Ahad lalu.

    Pihak Berkuasa Terusan Panama, agensi yang mengendalikan hubungan penting antara lautan Atlantik dan Pasifik, berkata tiada persetujuan telah dicapai.

    “Pihak Berkuasa Terusan Panama, yang diberi kuasa untuk menetapkan tol dan bayaran lain untuk transit terusan itu, melaporkan bahawa ia tidak membuat sebarang pelarasan kepada mereka,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

    Ia berkata masih bersedia untuk mengadakan dialog dengan pihak berkuasa AS.

    Rubio berkata beliau telah memberitahu Panama bahawa adalah tidak adil untuk AS berada dalam kedudukan untuk mempertahankan laluan air penting itu termasuk dikenakan bayaran untuk penggunaannya.

    Kapal kerajaan AS yang kebanyakannya daripada tentera laut membentuk sebahagian kecil daripada kapal yang melalui terusan itu. – AFP

    Rubio (kiri), semasa melawat pusat pemulangan pendatang di Lapangan Terbang Antarabangsa La Aurora di Bandaraya Guatemala, pada 5 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda