AS, UK beri amaran jauhi hotel di Kabul

MOSCOW, 11 OKT – Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) mengeluarkan amaran agar rakyat mereka tidak menginap di hotel di sekitar Kabul, terutama Hotel Serena atas faktor keselamatan.

“Atas sebab ancaman keselamatan di Hotel Serena, kami menyarankan warga AS untuk tidak menginap di hotel dan berada di sekitar kawasan hotel itu,” lapor Sputnik memetik Kedutaan AS di Afghanistan.

Semua warga Amerika yang berada di Hotel Serena atau dekat dengan hotel itu dinasihatkan segera meninggalkan kawasan berkenaan. 

“Sehubungan dengan peningkatan risiko awda dinasihatkan tidak menginap di hotel, terutama di Kabul (seperti Hotel Serena),” menurut nasihat perjalanan yang dikeluarkan kerajaan Britain.

Hotel Serena, terkenal dalam kalangan pelancong perniagaan serta pelawat asing dan pernah menjadi sasaran serangan Taliban. Pada 2008, serangan pengebom bunuh diri di hotel itu telah meragut enam nyawa. Pada 2014, serangan satu lagi serangan mengorbankan sembilan nyawa. Serangan keganasan  terbaru pada Mac 2020 pula menyebabkan dua orang cedera.

Afghanistan kini di bawah pemerintahan Taliban sejak pertengahan Ogos. – Bernama