ISTANBUL, 29 OKT – Setiausaha Negara AS Antony Blinken kelmarin mengumumkan bantuan kemanusiaan tambahan berjumlah hampir AS$144 juta kepada rakyat Afghanistan.
“Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami kepada rakyat Afghanistan, AS hari ini mengumumkan hampir AS$144 juta bantuan kemanusiaan untuk mereka yang terjejas akibat krisis kemanusiaan yang berterusan,” lapor Agensi Anadolu memetik Blinken dalam satu kenyataan.
“Bantuan ini menjadikan jumlah bantuan kemanusiaan AS di Afghanistan dan kepada pelarian Afghanistan di rantau ini mencecah hampir AS$474 juta pada 2021, jumlah bantuan terbesar daripada mana-mana negara,” tambahnya. – Bernama