Thursday, May 1, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS umum dasar baharu batalkan status sah pelajar antarabangsa

    WASHINGTON, 30 APRIL – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mula mendedahkan butiran baharu mengenai tindakan keras terhadap pelajar antarabangsa, dengan menjelaskan bagaimana ribuan individu disasarkan dan atas alasan apa status sah mereka dibatalkan.

    Perincian itu muncul menerusi beberapa tuntutan mahkamah yang difailkan oleh pelajar yang status mereka tiba-tiba dibatalkan tanpa penjelasan.

    Dalam tempoh sebulan lalu, pelajar antarabangsa di seluruh AS terkejut apabila rekod mereka dipadam daripada pangkalan data pelajar yang diselia oleh Jabatan Imigresen dan Kastam (ICE). Ada yang bersembunyi kerana bimbang diusir pulang, manakala yang lain meninggalkan pengajian dan pulang ke negara asal.

    Namun pada Jumaat lalu, selepas beberapa cabaran undang-undang, pihak berkuasa persekutuan memutuskan untuk mengembalikan status sah pelajar sementara satu garis panduan baharu sedang dibangunkan.

    Dalam pemfailan mahkamah pada Isnin, mereka turut berkongsi dasar terkini yang menggariskan pelbagai sebab status pelajar boleh dibatalkan termasuk pembatalan visa yang digunakan untuk memasuki AS. – AP

    Pelajar berarak di Arizona State University sebagai protes terhadap acara yang dianjurkan oleh cabang College Republicans United ASU di Tempe, Arizona pada 31 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda