NEW YORK, 22 OGOS – Di bawah program ‘Rewards for Justice’, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) semalam telah mengumumkan akan menawarkan ganjaran sehingga AS$5 juta untuk maklumat mengenai pemimpin utama kumpulan pengganas Daesh.
Individu yang disenaraikan itu ialah Amir Muhammad Sa’id Abdal-Rahman al-Mawla, Sami Jasim Muhammad al-Jaburi dan Mu’taz Numan ‘Abd Nayif Najm al-Jaburi.
Jabatan Negara menyifatkan program tersebut sebagai satu ‘cara penguatkuasaan undang-undang yang berkesan’, diselia oleh Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik Jabatan Negara AS.
Sejak penubuhannya pada tahun 1984, program tersebut telah membayar lebih AS$150 juta berupa ganjaran kepada lebih 100 orang individu yang telah menyalurkan maklumat. – Bernama