Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS usir 15 diplomat Cuba

    WASHINGTON, 4 Okt – Amerika Syarikat (AS) hari ini mengarahkan pengusiran 15 diplomat Cuba, menuduh Havana gagal melindungi diplomatnya susulan insiden misteri di mana kakitangan kedutaan itu jatuh sakit.

    Bagaimanapun, Setiausaha Negara Rex Tillerson berkata, AS akan terus mengekalkan hubungan diplomatik dengan Cuba walaupun saiz misi negara itu di Havana akan dikurangkan kepada jumlah minimum.

    “Keputusan dibuat berikutan kegagalan Cuba mengambil langkah wajar melindungi diplomat kami sejajar dengan pematuhan mengikut Konvensyen Vienna.

    Gambar fail pada 29 September 2017 menunjukkan pekerja membawa kadbod di dalam kompleks kedutaan Amerika Syarikat di Havana, Cuba. Amerika Syarikat mengusir 15 diplomat Cuba pada hari Selasa bagi membantah kegagalannya untuk melindungi warga Amerika dari serangan yang tidak dapat dijelaskan di Havana, menjejaskan hubungan diplomatik antara negara-negara dengan tahap yang tidak kelihatan pada tahun-tahun akan datang. – AP

    “Arahan itu akan memastikan kesamaan dalam operasi diplomatik masing-masing. Sehingga kerajaan Cuba dapat memberi jaminan keselamatan diplomat kami di Cuba, kedutaan kami akan dikurangkan kepada kakitangan kecemasan bagi meminimumkan jumlah diplomat berisiko terdedah kepada bahaya,” kata Tillerson dalam satu kenyataan.

    Serangan itu, pada mulanya digambarkan sebagai berpunca daripada sejenis peranti akustik, menjejaskan sekurang-kurangnya 22 kakitangan kedutaan AS di Havana sejak beberapa bulan lalu.

    Mereka yang terbabit dalam insiden itu mengalami gejala fizikal termasuk sakit telinga, hilang pendengaran, pening, sakit kepala, keletihan, isu kognitif dan sukar tidur. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda