Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    AS$10 juta bantu dakwa dalang serangan siber

    WASHINGTON, 27 APRIL – Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$10 juta bagi bantuan mendakwa enam anggota perisikan tentera Rusia yang didakwa mendalangi serangan siber yang menjejaskan perniagaan di serata dunia.

    Kesemua anggota terbabit yang dikaitkan dengan perisikan tentera Rusia Unit 74455 didakwa Oktober lalu di mahkamah AS atas beberapa tuduhan menggodam termasuk menjejaskan grid tenaga elektrik Ukraine.

    Memandangkan semua anggota tentera terbabit berada di Rusia, tidak mungkin mereka dapat diekstradisi bagi menghadapi hukuman di AS.

    Bagaimanapun, Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran sehingga AS$10 juta bagi sebarang maklumat yang boleh membantu mendakwa mana-mana daripada enam anggota tentera terbabit.

    Jabatan Negara AS, dalam satu kenyataan, berkata enam suspek berkenaan terbabit dalam serangan malware pada 2017 yang dikenali sebagai NotPetya.

    Ia menjejaskan perniagaan di seluruh dunia termasuk merosakkan komputer di hospital merentasi AS, dengan pihak berkuasa menganggarkan kerugian sehingga AS$1 bilion.

    Bagaimanapun, Kremlin menafikan semua tuduhan terhadap anggota tenteranya dan mendakwa AS melancarkan kempen ‘Russophobic’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...