Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    AS$144j diperlukan untuk selamatkan kapal tangki

    KAHERAH, 11 MEI – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berusaha mendapatkan AS$144 juta yang diperlukan untuk membiayai operasi menyelamatkan kapal tangki sarat dengan minyak yang berlabuh di luar pantai Yaman, kapal dengan penggantungannya mungkin mencetuskan krisis alam sekitar.

    Jumlah tersebut termasuk AS$80 juta untuk memindah lebih satu juta tong minyak mentah yang dibawa kapal FSO Sager, kata David Gressly, penyelaras kemanusiaan PBB untuk Yaman.

    Persidangan itu, yang dianjur bersama oleh PBB dan Belanda, diadakan lebih dua bulan selepas PBB dan pemberontak Yaman Huthi mencapai perjanjian untuk memindah muatan kapal tangki kepada sebuah kapal lain.

    Kumpulan Huthi mengawal pelabuhan Laut Merah di barat Yaman – termasuk Ras Issa, 6 kilometer dari tempat FSO Safer berlabuh sejak 1980.

    Gressly berkata kapal itu ‘menunjukkan tanda-tanda karat dan akan reput,’ serta mungkin meletup, mengakibatkan kerosakan alam sekitar besar kepada hidupan marin di Laut Merah, kilang penyahmasinan serta laluan perkapalan antarabangsa.

    “Setiap hari yang berlalu, setiap bulan yang berlalu, setiap tahun yang berlaku, menambah peluang kapal berkenaan akan berkecai dan menumpahkan muatannya,” kata beliau dalam taklimat media awal minggu ini.

    Beliau berkata PBB menganggarkan kira-kira AS$20 bilion diperlukan untuk membersihkan tumpahan minyak.

    Gressly berkata fasa pertama operasi menyelamat harus selesai pada akhir September, jika tidak ia mungkin berdepan angin kencang yang bermula pada Oktober.

    Kapal tangki buatan Jepun itu dijual kepada kerajaan Yaman pada 1980 untuk menyimpan sehingga 3 juta tong minyak eksport yang dipam dari padang di wilayah Marib, buat masa sekarang merupakan satu medan pertempuran. Kapal itu berukuran 360 meter panjang dengan 34 tangki simpanan. Sejak 2015, penyelenggaraan tahunan kapal itu telah terhenti sepenuhnya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...