Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS$50 untuk dua cawan kopi, botol air

    SEBUAH kafe di Venice, Itali, telah dikecam selepas seorang pelancong baru-baru ini telah dikenakan bayaran sebanyak €43 (AS$50) untuk hanya dua cawan kopi espreso dan dua botol air bersaiz kecil.

    Square St. Marks Venice memang terkenal dengan kafe dan restorannya yang sangat mahal, tetapi dengan apa yang tular baru-baru ini telah mendapat perhatian negatif dalam talian selepas bil pembayaran €43 untuk dua cawan kopi espreso dan dua botol air bersaiz kecil dipaparkan. Juan Carlos Bustamente, seorang perunding politik Chile berusia 62 tahun, yang kini tinggal di Itali, telah menyiarkan resit dari Caffe Lavena di laman Facebooknya dan ianya tular dengan begitu cepat, dengan ramai pengulas menyatakan kemarahan mereka mengenai harga yang sangat mahal itu.

    “Saya tidak tahu bagaimana perasaan anda terhadapnya, tetapi 43 euro untuk hanya dua cawan kopi dan dua botol air adalah sangat keterlaluan!” tulis Bustamante di halaman Facebooknya dan kebanyakan orang sependapat dengannya. Disiarkan baru-baru ini dan foto resitnya itu telah dikongsikan hampir 10,000 kali di Facebook sahaja dan telah menerima lebih daripada 1,800 komen, kebanyakannya mereka begitu marah mengenainya.

    Post Facebook Bustamante akhirnya mendapat perhatian media di seluruh dunia, yang mendorong reaksi dari Caffe Laverna itu sendiri. Jurucakapnya baru-baru ini memberitahu pemberita bahawa harga yang mereka paparkan pada menu mereka itu sungguh jelas, namun para pelancong tidak menhiraukannya dan akhirnya mengadu apabila menerima bil bayaran tersebut.

    “Orang akan merasa jengkel apabila menerima bayaran tersebut kerena mereka tidak mendengar ketika kami menyerahkan menu itu, walaupun ianya sudah cukup jelas memaparkan bahawa harganya akan sedikit mahal jika duduk di kawasan luar. Mereka hanya melambai kepada kami dari jauh dan jika kami tidak mendekati mereka, mereka juga akan marah,” kata jurucakap itu.

    Juan Carlos Bustamente, seorang perunding politik Chile berusia 62 tahun, yang kini tinggal di Itali, telah menyiarkan resit dari Caffe Lavena di laman Facebooknya dan ianya tular dengan begitu cepat, dengan ramai pengulas menyatakan kemarahan mereka mengenai harga yang sangat mahal itu. – Agensi
    Square St. Marks Venice memang terkenal dengan kafe dan restorannya yang sangat mahal, tetapi dengan apa yang tular baru-baru ini telah mendapat perhatian negatif dalam talian selepas bil pembayaran €43 untuk dua cawan kopi espreso dan dua botol air bersaiz kecil dipaparkan. – Agensi

    “Jika mereka hanya mahukan kopi, mereka boleh mendapatkannya di dalam bar dengan harga € 1.25. Jika mereka mahu untuk duduk di luar dan menikmati muzik orkestra, menyaksikan menara lonceng dan Basilica of St Mark’s, maka mereka perlu membayar untuk semua keindahan itu.”

    Penjelasan ini nampaknya tidak menyenangkan ramai orang yang sedang marah mengenai perkara itu, kebanyakannya dari ulasan-ulasan ruangan TripAdvisor, dengan menceritakan pengalaman-pengalaman negatif mereka sendiri semasa berada di Caffe Laverna.

    “Kami begitu naïf kerana tidak melihat menu sebelum memesan air dan kopi untuk lima sekeluarga. €78 (£69) !!! Termasuk €11 (£9) untuk setiap latte dan €9 (£8) untuk segelas susu bagi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun. Elakkannya untuk menjimatkan kos,” tulis salah seorang pelancong.

    “Dari segi positifnya: Pemandangan, muzik dan minumannya. Negatifnya: harga yang dicadangkan dihidangkan bersama dengan piring emas dan makanannya pula bertaraf bintang Michelin (namun hakikatnya tidak,” kata salah seorang pengomen di ruangan TripAdvisor tersebut.

    Telegraph baru-baru ini melaporkan bahawa Caffe Laverna terpaksa menangani aduan mengenai harga yang keterlaluan itu selama bertahun-tahun. Sebagai contoh, pada tahun 2013, selepas sekumpulan pelanggan menyiarkan kemarahan mereka di halaman Facebook mengenai resit berharga €95 (AS$109) untuk empat cawan kopi espreso bersama dengan likueur.

    Kemudian pengurus Massimo Milanese turut menjelaskan penjelasan yang hampir serupa.

    “Harga di sana itu adalah untuk semua orang menyaksikannya, tidak ada keraguan lagi. Ia adalah untuk pelanggan yang memutuskan sama ada mereka mahu menikmatinya di dalam bar atau duduk di kawasan piazza. Kafe ini telah ditubuhkan pada tahun 1750, jadi kami adalah salah satu yang paling bersejarah di Venice. Ia dipelihara oleh Richard Wagner dan ramai orang terkenal lainnya. Ini sebahagian daripada sejarah bandar raya ini. “

    Tetapi sementara Caffe Laverna mungkin menjadi tumpuan buat masa sekarang, ia bukanlah satu-satunya kafe di Venice untuk mengenakan harga yang sangat keterlaluan untuk merasai ‘pengalaman’ itu. Dengan semakin banyak aduan daripada pelancong mengenai amalan ini, datuk bandar bandar raya itu berjanji untuk menyiasat dan melakukan langkah-langkah tertentu jika perlu.

    “Sekiranya episod yang memalukan ini disahkan, kita akan melakukan semua yang kita boleh untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab. Kami mempertahankan keadilan, setiap masa,” kata datuk bandar Luigi Brugnaro sebagai tindak balas terhadap kes empat pelancong Jepun yang didakwa telah dikenakan €100 untuk sepiring ikan goreng, empat stik dan sebotol wain di restoran yang tidak dinamakan, berdekatan dengan St Mark’s Square. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda