Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS$98.6 juta disita dari anak saudara bekas presiden

    KAZAKHSTAN, 8 FEB – Kazakhstan menerima dana sebanyak AS$98.6 juta yang disita dari Kairat Satybaldy, anak saudara bekas presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev, sebagai pampasan bagi kerugian yang dialami negara, menurut Agensi Antirasuah Kazakhstan hari ini, lapor Sputnik.

    Dalam satu kenyataan, agensi itu berkata dalam kes jenayah yang disiasat terhadap Kairat Satybaldy, badan pencegahan rasuah baru-baru ini memastikan 44.6 bilion tenge (AS$98.6 juta) dipulangkan.

    “Pada masa ini, wang berkenaan telah dipindahkan ke bajet republik untuk menampung kerugian yang dialami oleh negara,” katanya.

    Pada September 2022, sebuah mahkamah di Astana menjatuhi hukuman penjara enam tahun ke atas anak saudara Nazarbayev dalam kes penyelewengan.

    Pada Disember 2023, Agensi Antirasuah Kazakhstan berkata sebanyak AS$120 juta yang disita dari Satybaldy telah dikembalikan kepada bajet negara dalam usaha mendapatkan semula aset yang diambil secara tidak sah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda