Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Asah kemahiran asas bola jaring belia

    Oleh Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Persatuan Bola Jaring Brunei (BNA) dan Jabatan Kokurikulum di Kementerian Pendidikan akan menganjurkan Klinik Bola Jaring selama dua hari bermula esok hingga 19 Jun, di Dewan Serbaguna Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Klinik yang diadakan dengan sokongan daripada Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, terbuka kepada belia yang berumur bawah 10, 15 dan 19 tahun.

    Ia antara lain bertujuan untuk menyediakan para peserta dengan kemahiran asas bola jaring, seperti gerak kaki, menangkap, mengimbang dan koordinasi tangan-mata.

    Selain itu, klinik berkenaan juga mengajar para peserta tentang kepentingan keazaman yang kesemuanya disampaikan melalui aktiviti bola jaring.

     
    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda