Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Asah kemahiran dalam terapi kecantikan

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 16 JUN – Seramai 20 peserta terdiri daripada belia wanita dari seluruh Daerah Belait yang menyertai Kursus Kemahiran Asas Terapi Kecantikan dalam Program Kemahiran Tangan kelmarin telah menerima sijil masing-masing.

    Program sehari yang berlangsung di Pusat Belia, Kuala Belait, itu telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Belia (PPB) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Cawangan Daerah Belait.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan sekali gus menyampaikan sijil pada majlis berkenaan ialah Penolong Pengarah PPB, Awang Haswandi bin Haji Osman.

    Program berkenaan merupakan salah satu inisiatif terkini yang dilaksanakan oleh PPB yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan belia melalui pelbagai kursus dan bengkel amali.

    Di samping itu, program tersebut juga bertujuan untuk membantu menyediakan latihan kemahiran hidup asas yang boleh segera digunakan oleh belia untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian atau sebagai perkhidmatan baharu.

    Sepanjang kursus tersebut, para peserta mempelajari banyak tip tentang mencantikkan bulu mata di mana ia terlebih dahulu diajar melalui kelas teori, kemudiannya diterapkan semasa sesi praktikal yang diadakan pada separuh akhir kursus itu.

    Sebelum ini PPB dengan kerjasama JBS Cawangan Daerah Belait juga telah mengadakan bengkel Perisian Reka Bentuk dan Cetakan 3D selama dua hari sebagai sebahagian daripada Program Kemahiran Tangan yang diadakan dari 14 hingga 15 Jun.

    Awang Haswandi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Gambar ramai antara Awang Haswandi dan para peserta program. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...