Oleh Nurdiyanah R. BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Menyahut cabaran dengan fikiran terbuka dan diselitkan keberanian lebih-lebih lagi dalam meniti dunia yang serba pantas, itulah semangat yang digenggam oleh Joyce Tan ketika mengimbas liku-liku perjalanannya selama empat tahun sebagai guru geografi sehingga terdetik untuk mengembangkan kemahiran diri dengan melanjutkan pengajiannya di Institut Pendidikan Kebangsaan