Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 14 JULAI – Pelajar peringkat rendah dan menengah di Sekolah St James, Kuala Belait berpeluang mempelajari lebih lanjut tentang bahasa Inggeris sebagai sebahagian daripada Sambutan Minggu Bahasa Inggeris sekolah itu.
Diadakan dari 8 hingga 11 Julai lalu, sambutan itu dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Inggeris dan diketuai oleh pengerusi acara dan guru sekolah berkenaan, Leonardo Amo.
Dengan tema Belajar Membaca, Membaca untuk Belajar, Leonardo menyatakan bahawa sambutan itu bertujuan bagi membantu para pelajar lebih terdedah kepada bahasa Inggeris di samping mengembangkan dan mengasah keupayaan mereka untuk bertutur dan menggunakan bahasa tersebut.
“Acara ini juga membantu pelajar mendapat keyakinan bercakap di atas pentas, dan mengembangkan tabiat membaca mereka yang akhirnya akan menjurus kepada minat membaca,” tambah beliau.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa sambutan itu termasuk pertandingan Spelling Bee, Pertandingan Membuat Poster, dan persembahan-persembahan oleh pelajar sekolah.
Di samping itu, pelajar-pelajar turut menyertai Cabaran TikTok yang diadakan sebagai infusi antara pembelajaran bahasa Inggeris dan ICT. Para pelajar berpura-pura menjadi penyiar berita dari saluran berita kegemaran mereka untuk memberitahu berita dan cerita terkini yang ditemui di sekolah.



