GENEVA, 19 OGOS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan pihaknya yakin China akan memberikan kerjasama dalam siasatan terhadap asal-usul COVID-19, beberapa hari selepas Beijing menolak gesaan ke atas penyelidikan baharu mengenainya. Beijing sekali lagi berdepan tekanan dalam mempertimbangkan gesaan penyelidikan baharu mengenai asal-usul wabak yang mengorbankan lebih empat juta penduduk dunia dan melumpuhkan ekonomi global