Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Asal-usul COVID masih diselubungi misteri

    WASHINGTON, 28 FEB – Satu soalan penting masih belum terjawab oleh ke-rajaan dan agensi kesihatan di seluruh dunia sejak pandemik COVID bermula: Adakah virus berasal daripada haiwan atau bocor dari makmal China?

    Kini, Jabatan Tenaga (DOE) Amerika Syarikat (AS) telah menilai ‘dengan yakin’ bahawa ia bermula daripada kebocoran makmal, menurut individu yang rapat dengan laporan yang tidak dibenarkan untuk membincangnya.

    Laporan itu belum didedah kepada orang ramai.

    Namun sesetengah pihak dalam komuniti risikan AS tidak bersetuju.

    “Belum ada kata sepakat sekarang dalam kerajaan AS tentang bagaimana COVID bermula,” kata John Kirby, jurucakap Majlis Keselamatan Negara, semalam. “Ia bukan konsensus komuniti risikan.”

    Kesimpulan DOE pertama dilaporkan pada hujung minggu dalam Jurnal Wall Street, yang berkata laporan sulit itu adalah berdasarkan risikan baharu dan dicatat dalam pengemaskinian dokumen 2021.

    Pegawai Rumah Putih enggan mengesahkan laporan media mengenai penilaian itu semalam. – AP

    Imej mikroskop serahan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan partikel virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan COVID. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda