Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Asam jawa bantu kawal tahap gula

    RASA asam jawa yang masam manis menyebabkannya banyak digunakan dalam setiap masakan di kebanyakan negara di Asia Tenggara.

    Ia juga dikenali dengan nama saintifiknya Tamarindus indica, pokok asam jawa merupakan pokok tropika besar yang tergolong dalam keluarga fabaceae dalam genus Tamarindus.

    Pokok asam jawa merupakan tumbuhan semulajadi di Afrika di mana ia tumbuh di sepanjang kawasan tropika dan subtropika Afrika, Asia Selatan, Amerika Selatan dan kepulauan Caribbeans.

    Setiap kali musim berbuah, pokoknya sudah pasti akan menghasilkan buah asam jawa yang terletak di dalam lenggai yangtergantung pada setiap dahan dan ranting.

    Di samping itu, setiap lenggai memiliki kulit luar keras yang terisi dengan isi melekit berwarna coklat. Isi inilah yang sering digunakan dalam masakan dan juga perubatan tradisional.

    Asam jawa juga mengandungi vitamin C yang berfungsi untuk menentang jangkitan demam.
    Asam jawa juga mengandungi vitamin C yang berfungsi untuk menentang jangkitan demam.

    Penuh zat dan vitamin

    Asam jawa mengandungi banyak sebatian kimia meruap perlu, mineral, vitamin dan serat pemakanan yang baik untuk kesihatan.

    Pulpa yang melekit kaya dengan sumber polisakarid bukan kanji atau serat pemakanan seperti gam, hemiselulosa, musilaj, pektin dan tannin, 100 gram pulpa buah menghasilkan kira-kira 5.1 atau lebih daripada 13 peratus serat pemakanan.

    Serat pemakanan dalam makanan mampu untuk membantu mencegah sembelit. Serat juga mampu untuk mengikat kepada toksin dalam makanan sekaligus membantu untuk melindungi membran mukus usus daripada kimia penyebab kanser.

    Asam jawa juga merupakan sumber baik kepada mineral seperti tembaga, kalium, kalsium, besi, selenium, zink dan magnesium.

    Kalium adalah komponen penting sel dan cecair tubuh yang membantu untuk mengawal kadar denyut jantung dan tekanan dalam darah.

    Besi amat perlu untuk penghasilan sel darah merah dan sebagai co-faktor untuk enzim cytochrome oxidases. Ia juga turut kaya dengan vitamin penting termasuklah thiamin, vitamin A, asid folik, riboflavin, niasin, vitamin C yang amat penting untuk kesihatan optimum.

    Asam jawa pula kaya dengan asid tartaric. Asid tartaric bukan sahaja memberikan rasa masam pada makanan tetapi ia juga memberikan antioksidan berkuasa. Ia mampu untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang berbahaya.

    Pulpa asam jawa telah banyak digunakan dalam perubatan tradisi seperti laksatif bagi membantu proses pencernaan.
    Pulpa asam jawa telah banyak digunakan dalam perubatan tradisi seperti laksatif bagi membantu proses pencernaan.
    Jus asam jawa mampu dijadikan sebagai ubat kumur bagi melegakan sakit tekak.
    Jus asam jawa mampu dijadikan sebagai ubat kumur bagi melegakan sakit tekak.

    Buah asam jawa mengandungi fitokimia meruap seperti limonene, geraniol, safrole, asid cinnamic, methyl salicylate, pyrazine dan alkyl-thiazoles. Gabungan sebatian ini menambah kelebihan perubatan buah asam jawa.

    Baik untuk pencernaan

    Pulpa asam jawa telah banyak digunakan dalam perubatan tradisional seperti laksatif (julap), pencernaan dan ubat untuk penyakit hempedu.

    Menentang jangkitan demam

    Satu daripada kebaikan asam jawa adalah apabila ia menentang kekurangan vitamin C dan membantu dalam mengurangkan demam sementara menentang jangkitan demam selesema.

    Merangsang jantung sihat

    Bahan-bahan dalam asam jawa juga mampu untuk membantu dalam merendah kolesterol darah dan merangsang jantung yang sihat.

    Melegakan sakit tekak

    Jus asam jawa juga mampu untuk dijadikan sebagai ubat kumur bagi melegakan sakit tekak dan jangkitan tekak.

    Mengawal tahap gula dalam darah

    Pesakit diabetes juga boleh mendapat kebaikan asam jawa kerana bahan dalamnya yang mampu untuk mengawal tahap gula dalam darah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda