Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Asbut beracun punca puluhan ribu sakit

    LAHORE, 10 NOV – Asbut beracun telah menyebabkan berpuluh-puluh ribu orang di ibu kota kebudayaan Pakistan, Lahore, jatuh sakit, memaksa pihak berkuasa menutup sekolah, pasar dan taman selama empat hari, kata pegawai kelmarin.

    Keputusan itu dibuat selepas bandar kedua terbesar di negara itu, dengan populasi 11 juta, berulang kali disenaraikan sebagai bandar paling tercemar di dunia. Doktor menasihatkan orang ramai untuk memakai pelitup muka dan tinggal di rumah. Penduduk menyatakan ramai orang batuk dan mengalami masalah pernafasan.

    “Memakai pelitup muka dan tinggal di rumah adalah dua penyelesaian yang paling mudah untuk mengelakkan daripada dikejarkan ke hospital dengan penyakit berkaitan pernafasan, jangkitan mata dan penyakit kulit,” kata Salman Kazmi, seorang doktor di Hospital Mayo, Lahore, di mana beribu-ribu orang sedang dirawat untuk penyakit-penyakit sedemikian pada minggu ini. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda