Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Asbut sambut lawatan Merkel

    NEW DELHI, 1 NOV – Canselor Jerman Angela Merkel menerima sambutan toksik ke India hari ini tatkala Perdana Menteri Narendra Modi mengalu-alu beliau dalam udara amat dicemari sehingga pihak berkuasa mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam.

    Tanpa menghiraukan nasihat perubatan kepada 20 juta penduduk bandar, pasangan itu tidak memakai topeng pencemaran ketika mereka memeriksa tentera di istana presiden di New Delhi.

    Merkel, 65, duduk ketika lagu kebangsaan dimainkan, sama seperti majlis sebelumnya ekoran beberapa siri kejadian menggigil pada awal tahun ini.

    Beliau mengucapkan terima kasih kepada Modi ‘atas sambutan yang amat mesra’ tatkala kedua-dua pihak menandatangani beberapa siri perjanjian dalam pertanian, teknologi maritim, ‘mobiliti bandar hijau’ dan yoga.

    Beliau dan Modi juga bersetuju untuk ‘mempertingkat usaha untuk memulakan rundingan’ mengenai perjanjian perdagangan bebas di antara Kesatuan Eropah dan India, dengan rundingan menemui kebuntuan sejak 2013.

    Pihak berkuasa pencemaran India mengisytiharkan kecemasan kesihatan selepas tahap pencemaran mencecah ‘amat teruk’ atau kategori ‘kecemasan’ pada lewat malam semalam – yang pertama sejak Januari – dan mengarahkan sekolah ditutup sehingga Selasa.

    Pihak Berkuasa Pencemaran Alam Sekitar juga mengharamkan semua aktiviti pembinaan di New Delhi sehingga Selasa dan melarang penggunaan bunga api pada musim sejuk.

    Mulai Isnin, Delhi akan memperkenalkan skim plat lesen kereta nombor ganjil atau genap untuk mengurangkan lalu lintas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda