Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN-BAC adakan mesyuarat ke-100

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN BAC) baru-baru ini telah mengadakan mesyuarat ke-100 yang bersejarah di Kuala Lumpur, menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan rantau ini ke arah integrasi ekonomi dan pembangunan mampan.

    Mesyuarat BAC ASEAN ke-100 yang dianjurkan di ibu kota Malaysia itu menghimpunkan wakil-wakil perniagaan yang dihormati dari seluruh negara anggota ASEAN dan Timor Leste.

    Menurut ASEAN BAC Brunei, mesyuarat menekankan beberapa agenda strategik ASEAN-BAC yang terdiri daripada kepengerusian Laos 2024, memberi tumpuan kepada kemas kini untuk Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN dan Anugerah Perniagaan ASEAN, kemajuan projek warisan dan kemas kini daripada penglibatan menteri-menteri di mana delegasi ASEAN BAC membentangkan perkara penting daripada rundingan Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) dan Menteri-menteri Kewangan ASEAN dan Gabenor Bank Pusat (AFMGM) di Luang Prabang pada Mac lalu.

    Mesyuarat itu menekankan peranan kritikal inovasi, pelaburan dan integrasi dalam memacu Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke arah daya saing dan kemakmuran yang lebih tinggi.

    Ahli-ahli majlis bertukar-tukar pandangan tentang trend baru muncul, amalan terbaik dan cadangan yang boleh diambil tindakan untuk menangani keperluan dan cabaran yang semakin berkembang yang dihadapi oleh perniagaan ASEAN dalam landskap global yang berubah dengan pantas.

    Para wakil perniagaan dari seluruh negara anggota ASEAN dan Timor Leste bergambar ramai ketika mengahdiri mesyuarat berkenaan. – GAMBAR SERAHAN ASEAN BAC BRUNEI

    Pengerusi ASEAN BAC Brunei dan Ketua Pegawai Eksekutif Dynamik Technologies, Dayang Haslina binti Taib berkata, “Mengintegrasikan AI adalah penting bagi perniagaan meningkatkan kecekapan, memacu inovasi dan membuka peluang dalam transformasi digital ASEAN. Ini memerlukan pemupukan keterangkuman dan memastikan pembangunan beretika dan penggunaan AI.

    “Mempromosikan penggunaan alat untuk tadbir urus AI yang cekap adalah penting dalam usaha ini. Selaras dengan Panduan ASEAN mengenai Tadbir Urus dan Etika AI, pendekatan ini memastikan AI memberi manfaat kepada masyarakat, memupuk kepercayaan, dan memacu pembangunan mampan di seluruh ASEAN,” tambahnya.

    Di samping mesyuarat BAC ASEAN ke-100, turut diadakan adalah pelancaran Pas Penjelajah ASEAN oleh Pas Penjelajah ASEAN AirAsia Move di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur dan Majlis Makan Malam Kenang-lenangan yang mengetengahkan pencapaian dan sumbangan majlis itu sejak dua dekad yang lalu, serta pandangan ke hadapan mengenai keutamaan dan strategi masa depan untuk mempercepatkan pemulihan dan transformasi ekonomi ASEAN dalam era pasca pandemik.

    Semasa mesyuarat itu, ASEAN BAC Malaysia yang akan menjadi pengerusi pada tahun depan menekankan fokus mereka untuk menjana peningkatan tawaran serantau, urus niaga dan produk dalam usaha baharu untuk memupuk integrasi ekonomi serantau.

    ASEAN BAC Malaysia akan memacu agenda sektor swasta untuk ASEAN BAC bagi memastikan 10 negara anggota memberi tumpuan kepada urus niaga yang memberi manfaat dan merapatkan ekonomi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda