Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN BAC promosi DagangBorneo di London

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi ASEAN BAC Brunei, Dayang Haslina Taib, baru-baru ini, telah membentangkan DagangBorneo, platform islandwide untuk perdagangan digital dan impak pelaburan kepada pemimpin-pemimpin perniagaan United Kingdom (UK) dan pihak berkepentingan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Dynamik Technologies, platform rentas sempadan berkenaan yang dibina berdasarkan teknologi amanah digital bertujuan menyediakan saluran yang dido-rong perniagaan bersepadu untuk komuniti ekonomi Borneo, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta kemampanan sosial.

    Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memperolehi akses yang lebih baik kepada pasaran dan kewangan asing, serta memudahkan pertumbuhan portfolio pekeliling dan ekonomi hijau.

    Mesyuarat dan pembentangan berkenaan adalah sebahagian daripada Jerayawara ASEAN BAC Global yang dijalankan di London, bersama Menteri Perdagangan UK, BloombergNEF, Majlis Perniagaan UK-ASEAN, Persatuan Dagangan Emisi Antarabangsa, Lord Mayor of London, University of Oxford, London Stock Exchange Group dan pelbagai kumpulan berkepentingan lain.

    Dalam ucapannya semasa Sambutan Perniagaan ASEAN BAC untuk perniagaan UK-ASEAN, Dayang Haslina berkongsi bahawa ekonomi digital ASEAN dijangka menjana AS$1 trilion menjelang 2030, dan tambahan AS$1 trilion daripada ekonomi hijau, dengan Borneo bersedia sebagai pusat pertumbuhan terbaharu di Asia Tenggara.

    Beliau mengalu-alukan perniagaan UK, terutamanya yang mempunyai hubungan dengan ASEAN untuk melabur dan mengambil bahagian dalam ekonomi hijau dan digital Borneo, dengan memanfaatkan platform DagangBorneo.

    Platform itu akan memberi perkhidmatan kepada komuniti koridor ekonomi Borneo dalam bidang kemampanan, rantaian nilai perdagangan dan teknologi kewangan, disokong dengan penyelesaian amanah digital AKREDI, sebuah projek warisan ASEAN BAC Brunei dan dibangunkan oleh Dynamik Technologies.

    DagangBorneo pada mulanya diperkenalkan semasa Business Rountable di Borneo, iaitu satu elemen program ekonomi Brunei yang dianjurkan oleh Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dan APEC Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan organisasi sektor awam dan swasta terkemuka untuk menghubungkan keutamaan APEC dan ASEAN dengan komuniti perniagaan.

    Dayang Haslina bergambar ramai bersama para pemimpin perniagaan UK dan pihak berkepentingan pada majlis pembentangan tersebut. – Gambar serahan Dynamik Technologies
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda