Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN benarkan Timor Leste jadi anggota ke-11

    PHNOM PENH, 11 NOV – Pemimpin-pemimpin Asia Tenggara hari ini bersetuju untuk membenarkan Timor Leste menyertai blok rantau ASEAN yang dianggotai 10 buah negara, menurut kenyataan yang dikeluarkan semasa sidang kemuncak dihoskan Kemboja.

    “Kami pemimpin-pemimpin ASEAN bersetuju untuk membenarkan Timor Leste untuk menjadi anggota ke-11 ASEAN,” menurut kenyataan.

    Timor Leste merupakan negara paling muda di Asia Tenggara, yang meraih kemerdekaan daripada Indonesia pada 2002 selepas 24 tahun dijajah.

    Semasa perhimpunan di Phnom Penh, pemimpin-pemimpin serantau bersetuju memberikan Timor Leste status pemerhati dan hak untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat ASEAN dan sesi sidang kemuncak, menurut kenyataan.

    Blok itu kini akan merangka hala tuju yang menetapkan kriteria yang perlu dipenuhi Timor Leste sebelum memberikan keahlian sepenuhnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda