Monday, September 16, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN bincang isu utama yang jejaskan keselamatan serantau

    VIENTIANE, 6 SEPT – Wakil negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam Mesyuarat Ketua-ketua Angkatan Pertahanan ASEAN ke-21 bertemu di sini untuk membincangkan isu-isu utama yang menjejaskan keselamatan serantau dan kerjasama pertahanan, lapor Xinhua.

    Bercakap pada mesyuarat itu kelmarin, Timbalan Menteri Pertahanan Laos dan Ketua Turus Angkatan Tentera Rakyat Laos, Khamlieng Outhakaysone menyatakan penghargaan kepada semua negara anggota ASEAN dan Sekretariat ASEAN atas sokongan serta sumbangan mereka, sambil memuji dedikasi mereka dalam memastikan kejayaan mesyuarat tahun ini, lapor akhbar tempatan, Pasaxon kelmarin.

    Sepanjang mesyuarat itu, para peserta bertukar pandangan mengenai landskap keselamatan serantau terkini dan membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dengan matlamat membina kepercayaan bersama, keupayaan dan kesiapsiagaan dalam menangani cabaran terhadap kestabilan serantau.

    Perbincangan itu menekankan kepentingan mengekalkan keamanan, kestabilan dan perpaduan dalam kalangan ASEAN melalui usaha sama yang kolaboratif. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda