Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ASEAN, China lancar portal untuk tarik pelancong China

    JAKARTA, 31 JAN – ASEAN dengan sokongan kerajaan China pada forum pelancongan rantau itu di Laos melancarkan Laman Sesawang Pelancongan China-Asia Tenggara, sebuah inisiatif di bawah Pelan Induk Kesalinghubungan 2025.

    Platform khusus itu yang bertujuan untuk menarik pelawat China, boleh dilayari di https://www.visitsoutheastasia.cn, menyediakan panduan praperjalanan untuk membantu mereka merancang perjalanan dengan lebih baik.

    Sekretariat ASEAN dalam satu kenyataan berkata laman sesawang itu juga bertujuan meningkatkan aktiviti pelancongan, merangsang pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan persefahaman bersama antara ASEAN dan China.

    “Tahun 2024 adalah detik yang sesuai untuk membuka laman sesawang itu kerana ia bertepatan dengan Tahun Pertukaran Rakyat-dengan-Rakyat ASEAN-China,” menurut sekretariat itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...