Sunday, June 23, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    ASEAN digesa bekerjasama jana potensi pasaran halal

    KUALA LUMPUR, 14 JUN – Halal Development Corporation Bhd (HDC) menggesa kalangan negara anggota ASEAN untuk bekerjasama membangunkan ekosistem halal serba kukuh bagi menjana peluang besar ekonominya.

    Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun berkata sebagai penyelaras utama ekosistem halal Malaysia, HDC berupaya membangunkan rangka kerja sesuai untuk memaksimumkan potensi perdagangan halal dalam pelbagai aspek selain menyediakan penyelesaian menyokong pergerakan produk serta perkhidmatan halal.

    “Kewujudan 1.9 bilion umat Islam yang mewakili 24 peratus daripada penduduk global, mendorong permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal.

    “Malah, unjuran pasaran halal global bernilai AS$5 trilion menjelang 2030, juga terlalu penting untuk diketepikan oleh ASEAN dan terlalu luas untuk ditampung oleh satu negara sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Khairul Azwan berkata Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan penglibatan dalam ASEAN.

    Kedudukan itu, katanya, akan membolehkan Malaysia berkongsi sumber dan secara bersama mewujudkan komuniti yang dapat memanfaatkan kepakaran masing-masing.

    “Hasrat kami untuk berkongsi pengalaman dengan negara ASEAN yang berjiran yang turut terhasil daripada persamaan aspek budaya dan pengalaman,” katanya.

    Selain itu, HDC juga secara proaktif mempercepat pembangunan industri halal di rantau ini dengan menganjurkan Modul Industri Halal bagi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). – Bernama

    Gambar ANN/The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan...