Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    ASEAN dijangka terajui pertumbuhan eksport dunia

    BANGKOK, 26 SEPT – ASEAN baru-baru ini mendapat perhatian daripada Atlas Pertumbuhan Perdagangan Global 2022 kerana dijangka menerajui pertumbuhan eksport dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.

    Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), laporan oleh DHL Express itu menunjukkan apabila dinilai berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, kepesatan ekonomi dijangka menjana 45 peratus daripada jumlah mutlak pertumbuhan perdagangan global antara 2021 dan 2026.

    “Berita baik, terutamanya untuk Asia, ASEAN, dan Thailand, ialah Asia Tenggara dan Asia Selatan menunjukkan prestasi yang sangat baik. Mereka menunjukkan pencapaian sangat baik dalam kepesatan pertumbuhan serta skala saiz ekonomi dan perdagangan.

    “Kepesatan ialah tahap dan kepantasan mereka berkembang, dan saya boleh menyatakan bahawa Filipina, Malaysia, India, Vietnam, dan menurut saya, Thailand, berkembang hebat dalam skala yang besar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif DHL Express, John Pearson.

    Menyentuh mengenai prestasi cemerlang dalam laporan itu, Pearson berkata lazimnya beliau tidak memilih pemenang atau menyatakan siapa yang lebih baik atau sebaliknya.

    Beliau berkata laporan itu semata-mata berdasarkan fakta.

    Vietnam, bagaimanapun, adalah antara pemenangnya. Semua negara ini berada pada keluk eksport dan pertumbuhan berbeza dan prestasi Vietnam sangat kukuh. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...