Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN fokus kepada pemulihan ekonomi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN,1 4 OKT – Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dan Setiausaha Tetap (Ekonomi), Dr Hajah May Fa’ezah Haji Ahmad Ariffin telah menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pelaburan dan Perdagangan G20 yang berlangsung secara persidangan video di Kementerian Kewangan dan Ekonomi pada 12 Oktober lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi, di sini, mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa, Itali, Tuan Yang Terutama Luigi Di Maio.

    Mesyuarat itu dihadiri oleh menteri-menteri dari negara anggota G20, wakil-wakil organisasi antarabangsa termasuk International Monetary Fund(IMF), Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) dan organisasi antarabangsa serantau termasuk ASEAN di mana Negara Brunei Darussalam dijemput sebagai tetamu pengerusi dalam kapasitinya sebagai pengerusi ASEAN bagi 2021.

    Kenyataan menyatakan, mesyuarat berkenaan menumpukan kepada topik-topik yang berkaitan dengan perdagangan dan kesihatan, kemapanan alam sekitar dan perdagangan, penyertaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam perdagangan dunia, perkhidmatan dan pelaburan, sokongan kerajaan serta Reformasi WTO.

    Dalam intervensinya, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew, antara lain berkongsi bahawa dalam menangani cabaran-cabaran yang dikemukakan oleh pandemik itu, ASEAN telah meletakkan  tumpuannya kepada pemulihan seperti yang digariskan dalam Rangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN (ACDF).

    Beliau menjelaskan bahawa di bawah priority economic deliverables (PEDs) Negara Brunei Darussalam, ASEAN telah memulakan usaha bagi membangunkan Peta Jalan Bandar Seri Begawan (BSBR) yang berhasrat untuk memanfaatkan momentum pendigitalan positif bagi memastikan agensi transformasi digital ASEAN dapat dicapai secara efisien dan efektif.

    Beliau turut menyatakan bahawa kemapanan alam sekitar merupakan satu lagi agenda penting dalam usaha pemulihan ASEAN menerusi inisiatif-inisiatif seperti Deklarasi Bersama bagi Peralihan Tenaga, membangunkan sebuah rangka kerja bagi Ekonomi Pekeliling dan taksonomi mampan ASEAN yang akan menyumbang kepada pertumbuhan sosioekonomi mampan dan inklusif dalam ASEAN.

    Yang Berhormat Dato juga berkongsi peranan penting PMKS dalam usaha integrasi dan pertumbuhan ekonomi ASEAN.

    Di bawah BSBR dan ACRF, ASEAN membayangkan bahawa perkongsian maklumat, peningkatan kemahiran dan menyediakan kemahiran baru kepada PMKS akan membantu peralihan ke arah pemulihan mampan dan digital.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa Deklarasi Mesyuarat Menteri-menteri Pelaburan dan Perdagangan G20 rasmi, dapat diperoleh di laman sesawang G20, www.g20.org.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda