Saturday, May 10, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN, Kanada perkukuh kerjasama

    JAKARTA, 30 MAC – Mesyuarat ke-10 Jawatankuasa Kerjasama Bersama ASEAN-Kanada pada Isnin (28 Mac) sepakat untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

    Para pegawai kekal komited untuk mengukuhkan agenda mengenai wanita, keamanan dan keselamatan, keselamatan siber, kecemasan dan kesediaan kesihatan awam, ekonomi digital serta pembangunan dan alam sekitar yang lestari.

    Bidang lain termasuk ketersambungan, inovasi, bandar pintar, dan pembangunan modal insan melalui pendidikan dan pertukaran antara rakyat.

    Kedua-dua pihak menantikan aktiviti sambutan yang akan dilaksana sebagai menandakan Ulang Tahun ke-45 Hubungan Dialog ASEAN-Kanada tahun ini, menurut Sekretariat ASEAN dalam satu kenyataan.

    Pegawai dari kedua-dua pihak juga menekankan kepentingan usaha sama yang dilaksanakan untuk menangani pandemik COVID-19. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda