Wednesday, April 16, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN kekal rakan dagang terbesar bagi China

    BEIJING, 15 APRIL – Hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dan ASEAN terus mengukuh, dengan tahap keserasian yang semakin tinggi dalam pelbagai bidang perdagangan. ASEAN kekal sebagai rakan dagang terbesar China pada suku pertama 2025, dengan jumlah dagangan dua hala meningkat 7.1 peratus kepada RMB1.71 trilion (RM1.03 trilion). Sumbangan ASEAN terhadap keseluruhan perdagangan luar China turut meningkat kepada 16.6 peratus.

    Menurut Pengarah Bahagian Perangkaan dan Analisis Jabatan Pentadbiran Am Kastam China, Lyu Daliang, China dan ASEAN yang mewakili populasi seramai dua bilion bersamaan satu perempat daripada jumlah penduduk dunia telah menjadi contoh kerjasama erat menerusi peningkatan keterbukaan, pengukuhan hubungan dan pembangunan bersama, meskipun globalisasi kini berdepan tekanan yang semakin hebat.

    Contohnya, dalam bidang kolaborasi pertanian terutama import eksport produk pertanian, ASEAN kekal sebagai rakan dagang terbesar bagi China untuk lapan tahun berturut-turut sejak 2017. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda