Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    ASEAN kembali jadi rakan dagang terbesar China

    BEIJING, 14 APRIL – ASEAN kembali menjadi rakan dagang terbesar China apabila jumlah import dan eksport kedua-dua pihak direkodkan sebanyak RMB1.35 trilion (RM890 bilion) pada suku pertama tahun 2022.

    Menurut data terkini Jabatan Pentadbiran Am Kastam (GACC), angka itu menokok 8.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, selain turut menyumbang 14.4 peratus kepada keseluruhan dagangan luar China.

    Jurucakapnya, Li Kuiwen pada kelmarin menyatakan, penguatkuasaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) meningkatkan lagi hubungan perdagangan China-ASEAN.

    Jelasnya, ia sekali gus menyaksikan jumlah import dan eksport kedua-dua pihak menyumbang sebanyak 47.2 peratus daripada skala dagangan luar China dengan rakan dagang RCEP pada suku tahun pertama.

    Sementara itu, faktor kesalinghubungan juga menjadi dorongan kuat terhadap perdagangan China-ASEAN.

    Dalam tempoh itu, laluan baharu darat dan laut yang menghubungkan bahagian barat China dan negara-negara ASEAN telah mengendalikan 170,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena menerusi perkhidmatan kereta api, bertambah sebanyak 56.5 peratus.

    Pemulihan rantaian perindustrian ASEAN, peningkatan import produk pertanian dari ASEAN ke China dan pelbagai faktor lain turut memacu pertumbuhan dagangan membabitkan produk perantara kedua-dua pihak.

    Pada Januari hingga Februari, Kesatuan Eropah (EU) mendahului ASEAN sebagai rakan dagang terbesar China, dengan jurang kira-kira RMB3 bilion (RM1.97 bilion). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...