Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ASEAN pamer keyakinan, tekad tinggi

    DAVOS, SWITZERLAND, 22 JAN – ASEAN mempamerkan keyakinan dan tekad yang tinggi pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2023 yang baru sahaja berakhir, memberikan pandangan yang positif untuk rantau itu selain menyatakan bahawa isu dalam blok 10 anggota itu boleh ditangani secara baik.

    Dan kenapa tidak?

    Menurut statistik kumpulan serantau itu, ASEAN mencatatkan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$3.3 trilion pada 2021 (AS$1 = RM4.28), menjadikannya ekonomi kelima terbesar di dunia dan ketiga terbesar di Asia.

    Dalam laporan yang diterbitkan pada Mac tahun lepas, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengunjurkan bahawa ASEAN akan mencatatkan pertumbuhan KDNK sebenar sebanyak 5.2 peratus pada 2022 dan 2023.

    “Saya berpendapat untuk ASEAN secara keseluruhannya, terdapat banyak peluang. Kita adalah blok yang paling pesat berkembang di dunia. Kini, jumlah penduduknya ialah 660 juta,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

    ASEAN berada di landasan yang baik untuk menjadi ekonomi keempat terbesar menjelang 2030, dan pada masa itu akan mempunyai jumlah penduduk kira-kira 700 juta orang dengan 61 peratus daripadanya di bawah umur 35 tahun.

    Kajian telah menunjukkan bahawa ASEAN, sebagai blok berkecuali, merupakan penerima manfaat bersih daripada pembukaan semula China, kata Tengku Zafrul, yang mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat WEF dari 16 hingga 20 Jan 2023, di bandar peranginan ski Davos. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...