Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    ASEAN perlu kaji semula strategi hadapi peningkatan persaingan geopolitik AS-CHINA

    KUALA LUMPUR, 9 DIS – ASEAN harus mengkaji semula strateginya untuk memastikan badan serantau ini dapat bertahan dan kekal seimbang dalam mendepani kesan persaingan geopolitik antara China dan Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis dari Kemboja.

    Dr Seun Sam dari Akademi Diraja Kemboja berkata ASEAN perlu merangka strategi baharu untuk memperkukuh kestabilan serantau dan kedu-dukannya di tengah-tengah ketegangan antara kedua-dua negara.

    “ASEAN tidak sewajarnya membenarkan AS dan China mengawal segala-galanya di ASEAN…ASEAN harus mempunyai strategi khusus untuk atasi kesan akibat peningkatan persaingan antara AS dan China,” kata beliau kepada Bernama selepas simposium antarabangsa dua hari EU-ASEAN At 45: From Dialogue Partnership to Strategic Partnership, yang berakhir di sini, kelmarin.

    Dr Seun turut menjadi ahli panel untuk sesi bertajuk EU, ASEAN and the Emerging Regional Order: Navigating Strategic Anxieties .

    Simposium anjuran Centre for ASEAN Regionalism Universiti Malaya (CARUM) itu diadakan sempena 45 tahun hubungan ASEAN-EU dan menjelang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-EU yang akan berlangsung di Brussels pada 14 Dis.

    Dr Seun Sam berkata persaingan China-AS yang semakin meningkat dan ditambah pula dengan kemunculan orde baharu Indo-Pasifik, ASEAN harus mengukur atau mengkaji semula strategi untuk mengurangkan ancaman yang timbul berikutan ketidaktentuan strategik itu dan bijak meletakkan posisinya di tengah-tengah hubungan AS-China yang rumit.

    EU menjadi rakan dialog ASEAN pada 1997 dan bersetuju dengan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) pada Julai 2012 sekali gus menjadi pertubuhan serantau pertama kepada TAC. – Bernama 

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...