Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN perlu teruskan pembangunan inklusif, saksama

    KUALA LUMPUR, 8 JUN – Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu meneruskan pembangunan yang inklusif dan saksama tanpa meninggalkan sesiapa dalam usaha untuk mencapai pertumbuhan yang mampan, sama ada semasa krisis atau pada ketika yang baik.

    Pengerusi Malayan Banking Bhd (Maybank), Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, peralihan kepada ekonomi yang lebih digital, tanpa sempadan dan rendah karbon akan mencabar rantau ini kerana ada pekerja yang mungkin diketepikan.

    Menyedari kepentingan kemampanan semakin berkembang, beliau berkata terdapat keperluan bagi terus menerapkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) ke dalam proses membuat keputusan sesebuah organisasi.

    “Sebagai pemimpin, kita mesti melibatkan kepelbagaian bersuara dari orang yang mungkin tidak kelihatan atau kedengaran seperti kita tetapi boleh turut menyumbang secara bermakna,” katanya ketika berucap secara maya pada Persidangan Invest ASEAN 2022 di sini kelmarin. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda