Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

ASEAN realisasi deklarasi hak asasi manusia

JAKARTA, 29 NOV – Setiausaha Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi menyambut baik usaha rantau itu untuk menambah baik Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD), sambil menggesa semua pihak berkepentingan supaya berusaha lebih gigih untuk memperjuangkan hak asasi manusia.

“Selain kemajuan ketara dalam pelaksanaan AHRD, masih banyak yang perlu dilakukan untuk merealisasikan sepenuhnya hak yang dinyatakan dalam Deklarasi itu,” katanya.

“Ulang tahun itu memberi peluang tepat pada masanya untuk menggandakan usaha ASEAN secara kolektif untuk memperjuang dan mengarusperdanakan hak asasi manusia, dan pada masa yang sama menetapkan standard tatalaku untuk semua dalam komuniti ASEAN,” katanya.

Lim berkata demikian pada Ulang Tahun ke-10 AHRD pada 18 November di Kemboja, anjuran Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR). Negara anggota ASEAN menerima pakai sebulat suara AHRD pada mesyuarat 18 November 2012 di Phnom Penh, Kemboja, yang memperincikan komitmen negara anggota terhadap hak asasi manusia untuk lebih 600 juta penduduknya.

Pengerusi AICHR, Keo Remy berkata suruhanjaya itu telah berusaha keras dalam membangunkan piawaian dan norma hak asasi manusia serantau dalam konteks kepelbagaian rejim politik, ekonomi, budaya dan sosial.

Acara itu bertujuan mewujudkan platform dalam memperkukuh kerjasama serantau melalui pertukaran idea, pengetahuan serta amalan baik dalam mempromosi selain perlindungan hak asasi manusia di ASEAN.

Para peserta juga berkongsi pemantauan mereka selain membincangkan cabaran dan peluang dalam mengarusperdanakan hak asasi manusia melalui pengukuhan kerjasama merentas sektor ASEAN, katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -