Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN sambut baik gencatan senjata Israel-Iran

    KUALA LUMPUR, 27 JUN – Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) kelmarin, menyambut baik gencatan senjata antara Israel dan Iran serta menggesa semua pihak terlibat mengelak daripada mencetuskan ketegangan lanjut, lapor Xinhua.

    Dalam satu kenyataan bersama, ASEAN menegaskan semula kewajipan negara-negara untuk melindungi orang awam dan infrastruktur awam dalam konflik bersenjata, selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi berkaitan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    “Kami menyokong usaha berterusan, termasuk yang diketuai oleh PBB, bertujuan meredakan ketegangan dan memudahkan penyambungan semula dialog membina dalam kalangan pihak yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

    “Kami menggesa semua pihak agar menghormati gencatan senjata ini dan mengelakkan sebarang bentuk ketegangan selanjutnya,” tambahnya.

    Gencatan senjata antara kedua-dua negara diisytihar awal minggu ini. – Bernama

    Gambari fail bertarikh 30 Mei 2025 menunjukkan mesyuarat pelbagai hala bersama pegawai pertahanan dari negara-negara ASEAN di Singapura. ASEAN menyambut baik gencatan senjata antara Israel dan Iran serta menggesa semua pihak elak cetus ketegangan lanjut. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda